Wednesday, April 1, 2020

Melepaskan

Assalamualaikum.

Untuk beberapa ketika, ku telah mengambil waktu untuk bertenang dan berfikir. Memang sedih kisah hidupku ini. Mencintai orang yg ku fikirkan juga mencintaiku tetapi akhirnya dia hanya mampu mengatakan dia ingin berseorangan dan tidak mahu terikat dengan mana2 perempuan serta tidak ingin menaburkan harapan.

Namun hakikatnya, dia telah pun menabur harapan dan mngungkapkan kata2 cinta serta janji untuk menghalalkan ketika sudah bersedia.

Aku tidak pasti apa yang tersirat dalam hatinya.....apa yg membuatkan dia berkata begitu. Jika ku ingin bersangka baik, aku akan hanya akan fikir yang dia ingin berubah menjadi hamba Allah yg lebih baik dan seandainya berjodoh akan disatukan jua. Dan aku juga sudah semestinya tidak ingin menjadi wanita yg melemahkan keimanannya pada Allah.

Agak sedih....tetapi mungkin hanya sahaja jalan yg Allah ada untuk juga membawa aku pulang ke jalanNya iaitu dengan mematahkan hatiku.

Wahai cinta, aku memang sungguh mencintaimu. Perasaanku ini ikhlas dan jujur. Tiada setitik dusta pun tersemat disebalik cintaku ini. Aku memang ikhlas mencintaimu. Entah apa yang membuatku cinta padamu juga aku tidak pasti.

Cinta, aku sudah tidak berdaya menahanmu. Tak mengapalah. Aku hanya ingin engkau tau yg diri di sini ikhlas mencintaimu. Aku tidak aku menggugat keimananmu lagi. Maka, aku harus membawa diri. Semoga dirimu terus kuat berada di jalanNya. Andai ada jodoh, Allah akan satukan kita smpai halal. Saya takkan pegang dan tahan lagi dah. Saya akan lepaskan semua ni...sy takkan jd mcm  "Oh! Abang wajib jadi suami sy. Dia yg aku cinta ni wajib jadi suami aku!!" ....Tidak..sy xkn mcm tu dah. Walaupun sy mmg cintakan awak tapi sy nk serah pada Allah je.

Sama2 kita perbaiki diri. Jangan risau cinta...Allah tidak pernah meninggalkan kita. Walaupun kita berdua dah pernah buat dosa dan maksiat...jadikanlah ini sebagai pengajaran hidup dan janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa (Al-Quran - 39:53)

Dan jika kita masih saja tetap tersungkur di dalam kesalahan, kejahilan dan kemaksiatan yang sama. Maka, tetaplah berusaha untuk berubah,...untuk keluar daripada kemaksiatan dan kejahilan itu. Jadilah hamba Allah yg berilmu serta kuat imannya.

Abang, memang benar sayang mencintai abang tetapi belum tentu abang ditakdirkan untuk sayang. Tetapi sayang akan selalu berdoa yang baik2 untuk kita berdua. Alangkah indahnya jika abang menjadi suami syg. Namun, jgnlah abg kuathir...diri ini berserah pada Allah. Sayang takkan lagi  berharap pada abang (syg cuba utk x berharap kat abg) tp syg akan selalu berharap padaNya.

Kita hnya mampu berusaha dan merancang...tetapi Allah lebih tau yg terbaik. Abang jaga diri ya. Semoga menjadi hamba Allah yg soleh wahai cintaku.

Pesanan untuk diri: Awak,...saya tau...awak rasa diri awak mcm hina sgt. Sebab dia dah sentuh awak, peluk dan cium semua tapi dia boleh dgn senangnya ckp mcm tu je seolah2 nak lepas tgn. Dia buat kita mcm perempuan murahan yg xde maruah...tapi awak...bagitau...apa je lagi yg awak boleh buat skrng? Paksa dia? mestilah x kan...mmg dh x boleh buat apa dah awk ttg benda yg dah lepas tu. Jadi, skrng ni awk boleh fokus untuk masa yg akan dtg je. Next time jaga diri betul2. Jgn senang bg hati kat lelaki. Dan jgn senang2 biar lelaki sentuh kami selagi belum halal. At least awk brnasib baik juga sbb x smpai level berzina tapi mmg dah bahaya juga hrtu. Nasib la dua2 masih ada tersisa iman dalam diri...masih ingt nak solat hmmm....so awak, jaga diri ya...jaga maruah lepasni. Yg lalu biar brlalu dan cukuplah jd pengajaran. 

No comments:

Post a Comment

Berakhir

Assalamualaikum, setelah berbulan2 ku kembali ke sini untuk meluahkan isi hati yang terguris. Bulan April yang lalu, dia buat hal kata nk...