Saturday, June 27, 2020

Berakhir

Assalamualaikum, setelah berbulan2 ku kembali ke sini untuk meluahkan isi hati yang terguris.

Bulan April yang lalu, dia buat hal kata nk bersendirian xnak ada apa2 ikatan dengan perempuan tapi lepastu dia tiba2 contact balik.

Pada awalnya i didnt reply much

Tp makin byk pula dia contact. So we end up back to normal. For me la...saya x tau dia ikhlas atau berpura2 dgn saya.

Dia siap ada belikan 2 tudung labuh untuk saya.

But...

On 21 June 2020, petang wktu asar mcm tu, he told me that dia berkenan kat prmpuan lain. Lepastu dia block saya.

Hati ini patah semula.

Tapi..itu yg terakhir. Tiada lagi peluang untuk awak.
Ia berakhir disini. Aku x perlu lelaki yang TAK setia mcm awak. Satu benda awk kena ingt, xde orang yg sempurna, belajarlah menerima kekurangan dia supaya awk lebih menghargai si dia.

Selamat tinggal.

Wednesday, April 1, 2020

Melepaskan

Assalamualaikum.

Untuk beberapa ketika, ku telah mengambil waktu untuk bertenang dan berfikir. Memang sedih kisah hidupku ini. Mencintai orang yg ku fikirkan juga mencintaiku tetapi akhirnya dia hanya mampu mengatakan dia ingin berseorangan dan tidak mahu terikat dengan mana2 perempuan serta tidak ingin menaburkan harapan.

Namun hakikatnya, dia telah pun menabur harapan dan mngungkapkan kata2 cinta serta janji untuk menghalalkan ketika sudah bersedia.

Aku tidak pasti apa yang tersirat dalam hatinya.....apa yg membuatkan dia berkata begitu. Jika ku ingin bersangka baik, aku akan hanya akan fikir yang dia ingin berubah menjadi hamba Allah yg lebih baik dan seandainya berjodoh akan disatukan jua. Dan aku juga sudah semestinya tidak ingin menjadi wanita yg melemahkan keimanannya pada Allah.

Agak sedih....tetapi mungkin hanya sahaja jalan yg Allah ada untuk juga membawa aku pulang ke jalanNya iaitu dengan mematahkan hatiku.

Wahai cinta, aku memang sungguh mencintaimu. Perasaanku ini ikhlas dan jujur. Tiada setitik dusta pun tersemat disebalik cintaku ini. Aku memang ikhlas mencintaimu. Entah apa yang membuatku cinta padamu juga aku tidak pasti.

Cinta, aku sudah tidak berdaya menahanmu. Tak mengapalah. Aku hanya ingin engkau tau yg diri di sini ikhlas mencintaimu. Aku tidak aku menggugat keimananmu lagi. Maka, aku harus membawa diri. Semoga dirimu terus kuat berada di jalanNya. Andai ada jodoh, Allah akan satukan kita smpai halal. Saya takkan pegang dan tahan lagi dah. Saya akan lepaskan semua ni...sy takkan jd mcm  "Oh! Abang wajib jadi suami sy. Dia yg aku cinta ni wajib jadi suami aku!!" ....Tidak..sy xkn mcm tu dah. Walaupun sy mmg cintakan awak tapi sy nk serah pada Allah je.

Sama2 kita perbaiki diri. Jangan risau cinta...Allah tidak pernah meninggalkan kita. Walaupun kita berdua dah pernah buat dosa dan maksiat...jadikanlah ini sebagai pengajaran hidup dan janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa (Al-Quran - 39:53)

Dan jika kita masih saja tetap tersungkur di dalam kesalahan, kejahilan dan kemaksiatan yang sama. Maka, tetaplah berusaha untuk berubah,...untuk keluar daripada kemaksiatan dan kejahilan itu. Jadilah hamba Allah yg berilmu serta kuat imannya.

Abang, memang benar sayang mencintai abang tetapi belum tentu abang ditakdirkan untuk sayang. Tetapi sayang akan selalu berdoa yang baik2 untuk kita berdua. Alangkah indahnya jika abang menjadi suami syg. Namun, jgnlah abg kuathir...diri ini berserah pada Allah. Sayang takkan lagi  berharap pada abang (syg cuba utk x berharap kat abg) tp syg akan selalu berharap padaNya.

Kita hnya mampu berusaha dan merancang...tetapi Allah lebih tau yg terbaik. Abang jaga diri ya. Semoga menjadi hamba Allah yg soleh wahai cintaku.

Pesanan untuk diri: Awak,...saya tau...awak rasa diri awak mcm hina sgt. Sebab dia dah sentuh awak, peluk dan cium semua tapi dia boleh dgn senangnya ckp mcm tu je seolah2 nak lepas tgn. Dia buat kita mcm perempuan murahan yg xde maruah...tapi awak...bagitau...apa je lagi yg awak boleh buat skrng? Paksa dia? mestilah x kan...mmg dh x boleh buat apa dah awk ttg benda yg dah lepas tu. Jadi, skrng ni awk boleh fokus untuk masa yg akan dtg je. Next time jaga diri betul2. Jgn senang bg hati kat lelaki. Dan jgn senang2 biar lelaki sentuh kami selagi belum halal. At least awk brnasib baik juga sbb x smpai level berzina tapi mmg dah bahaya juga hrtu. Nasib la dua2 masih ada tersisa iman dalam diri...masih ingt nak solat hmmm....so awak, jaga diri ya...jaga maruah lepasni. Yg lalu biar brlalu dan cukuplah jd pengajaran. 

Monday, March 30, 2020

Lelah

Assalamualaikum,...diri ini masih di sini untuk menukilkan perasaan di hati.

Lelah...ya,..itulah tajuk untuk hari ini. Peluang ketiga kuberi padanya meskipun dua kali kesalahan yang sama dia perlakukan.

Hati ini tidak minta lebih tetapi hanya ingin dihargai dan dihalalkan.
Saya sgt cintakan awak. Saya tak pernah sangka yang diri saya akan jadi sebodoh ini. Saya buta...saya tak nampak kesalahan awak. Saya berikan peluang yang ketiga.

Awak bagi saya mcm2 hadiah
Awak cerita tentang saya pada mak awak
Awak update status keluar dengan saya
Awak panggil saya sayang dan bahasakan diri awak abang
Awak pernah kata yang awak memang serious nak halalkan saya
Awak pernah mengungkapkan "I love you sayang" dan sy membalasnya
.
.
.
dan ketika kita jalan berdua..
Awak juga pernah menyentuh saya, memeluk saya, dan cium saya...
kita berjalan berpegangan tangan..
Keciknya tgn awak kata...lembutnya tgn awak kata
Tangan awak pula besarnyaa dan kasar...
Kita pulang sambil berpelukan di atas motor dan sambil tu awk mengusap tgn sy

Indah tapi penuh dosa dan rasa bersalah dalam hati.

Masa berlalu, dan keadaan dunia membataskan pertemuan kita. Semua orang tidak dibenarkan keluar. Yang tinggal hanyalah secebis kenangan di dalam gambar saat kita keluar berdua.

Abang, perempuan mana yang tak mula berharap...perempuan mana yang tidak rasa dicintai saat dilayani semua ini.

Masa pun berlalu lagi...abang semakin mendiamkan diri. Hati ini mula terasa sepi dan rindu. Seringkali diri ini cuba memulakan perbualan tp abang selalu kata abang tak suka chat.

Kalau pada awalnya penuh dibalas dengan sticker love dan disambung dengan panggilan sayang..
Kini yang ada hanyalah "Okay" "Orait"

...

Abang, walaupun abang dah pernah sentuh sy...sy masih ada maruah. Mungkin sy nmpk mcm perempuan murahan tp masih ada maruah. Perasaan saya ikhlas. Seumur hidup saya tak pernah ada lelaki sentuh saya. Tapi sayang tumpas...sayang tak kuat sebab sayang cinta sgt dekat abang. 

Akhirnya satu hari abang block saya...di ws, ig dan fb. 
Abang...apa yg abg cuba lakukan?

Abang kata abang nak berseorangan dan tak nak terikat dengan mana2 perempuan. Sebabkan perempuan abang buat byk dosa kata abg..

Abang kata lagi yg abg tak terikat ngan mana2 prmpuan, xnk bg harapan dan xnk mana2 hati sakit. Klu ada jodoh adalah kata abg. Doa yg baik2 dan baiki diri. Doa dijodohkan dgn jodoh yg baik.

Abang...saat abg kata mcm tu...sayang tak tau nak rasa apa. Saya rasa mcm dipermainkan. Abang ingat sy xde hati dan perasaan ke. Abang kata abg xnk bg harapan???? ABANG DAH BAGI SAYA HARAPAN MCM GUNUNG :'(

Abang xnk terikat dgn mana2 perempuan???? Habistu abg nk buang sy ke?? Abang nak main2kn sy lagi? Abg ada perempuan lain lg ke?


Abang kata lagi...
abg tak kata pun sy ni prmpuan murahan. Bagi abg sy baik cuma abg yg tak dpt kawal nafsu.
Abang kata abg x main2. Abg kata semua perempuan lain tu kawan takde lebih.
Abang kata tapi bg abang peluang baiki diri dulu..baiki solat. Abg xnk nafsu menguasai diri. Abg xnk jadi mcm2. Kalau ada jodoh adalah.

.....

Aku terpaku dan kaku...
Aku tidak mau menjadi penghalang untuk dia berubah cuma aq ingin kepastian. Aq tidak ingin dibuang lagi.... :'(

Aku sudah lelah...
Jika perubahan yg kau cari demi Ilahi...pergilah.
Aku tidak akan berbahas lagi.
Tapi asal kau tau..ini peluang terakhirmu..
Tapi diri ini sini sentiasa mendoakan dirimu

Semoga abang menjadi seorang hamba yg soleh...

Sy harap abg dapat halalkan sy suatu hari nnt.

Abang...sy tetap menantikan abang.
Tolong hargai perasaan yg telah lama setia ini. 

Sayang juga ingin berubah...

Andai kita berjodoh, Allah pasti satukan.
Banyak2 la minta ampun pada Allah kerana dosa kita berdua.

Abang, sy ni muslimah yg dicemari je...sy byk kekurangan...tapi sy harap abg dpt bertanggungjwb sbb abg dah sentuh saya..dan sbb abg dah lama curi hati sy drpd sejak hari pertama saya kenal abang pd nov 2016 dahulu.

Hati ini telah lama mencintaimu. Sungguh hati ini mendambakan cintamu. Tapi cinta Allah lah yg perlu dikejar dahulu.

Syg sgt cintakan abg. Ya Allah sampaikanlah cintaku ini padanya agar hamba menjadi kecintaannya juga. Dan maafkan hamba ya Allah atas segala dosa yg telah ku lakukan.

...
Aku lelah mengharap pada manusia...tapi semoga saja hati ini tidak berhenti berharap padaMu ya Rabb. Maafkan kekhilafan hambaMu yg terlalu mengikutkan nafsu ini. Izinkanku mencintainya dalam redhaMu dan dalam hubungan yg halal kerana ku sungguh mencintainya ya Allah..

Tuesday, March 24, 2020

Cinta

Assalamualaikum,

Dah lama betul jari ni tak menaip untuk post di blog. Rindunya rasanya...
Sekadar nak meluah perasaan dalam hati ni.

Pernah tak orang tipu awak? Dan awak pun maafkan lepastu bagi peluang kedua.
Tapi, untuk yang kali kedua juga dia tipu awak dengan benda yang sama. Contohnya, dalam relationship tu dia pergi cari perempuan lain. Dua kali dia tipu dan tinggalkan awak sebab kenal dengan perempuan.

Hati tu memang rasa sangat pedih la. Allah je tau. Sedangkan kita di sini setia sayang dia. Tapi dia tinggalkan kita sebab kenal perempuan lain. Bukan sekali tapi dua kali.

DAN untuk kali KETIGA juga dia muncul dan ingin kembali dekat diri awak. Adakah awak masih boleh menerima dan memaafkan dia???

Kalau perasaan sayang ni masih tersisa dalam hati ni sudah semestinya kita akan maafkan orang tu dan menerima dia semula kan?

Dia sendiri muncul kembali dan mengatakan penyesalan sebab tinggalkan awak. Perempuan lain tu takde kriteria yang dia nak pun. Awak je yang hampir ada kesemua kriteria tu.

Will you accept him?
You still love him...yes you are.

But will you still accept him? Should you accept him?
He seems serious this time.

Berakhir

Assalamualaikum, setelah berbulan2 ku kembali ke sini untuk meluahkan isi hati yang terguris. Bulan April yang lalu, dia buat hal kata nk...